Friday, 28 October 2011

Saya Suka Senyum

1st of all Assalamualaikum n Selamat Sejahtera to all...


exactly bende ni (post nie laaa..) aq wat just for killing time... (mcm la ade org nak tawu..)
Anyway, aq kt cnie nk jgak an kongsi sikit2 ttg ape yg aq tahu...n ape yg aq nak SEMUA ORANG tahu.. (wahh, besar cita2)...

Korang tahu tak apa funtion SENYUM...? **sila pilih salah satu**
>>Ntah, xtawu... (o.O)
>>Tahu...! (>_<)
>>Tak penah amek tahu pon... (=_=)
(*ni rhetorical question, so xyah jawab, just go on with ur reading*)
Boleh ke korang senyum or ketawa even korang dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian (pergh skema giler ayat). If korang mampu sekalipun maybe masyarakat (khususny Malaysians) akan assume yg korang nie "TIDAK SIUMAN". Skeptikal kan...??

Cuba korang tatap & amati antara wajah orang yg selalu je ceria & korang compare dengan wajah orang yang sentiasa murung (especially yg bru clash ngan BF or GF).
Try tgok jugak mereka2 yg sentiasa terSENYUM dan mereka yg TAK PERNAH SENYUM (ketat je muka..ha yg tu laa..) ataupun insan2 yg payah tuk senyum apalagi untuk ketawa.
Sure2 korang nmpak perbezaan yg jelas lagi nyata.
Wajah orang2 yang ceria, sering tersenyum dan ketawa selalunya berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar (macam akak kt PC Depot seblah Pacific).

"Kalau nak SENYUM selalu, takkan la time sedih pon nak SENYUM gak..??! Agak2 la bro..." (asyik aq yg kena.. =_=" dengar la explaination aq dulu). So tak boleh kah kita bersedih dan menangis?
Of course boleh tetapi perlu ada limit. Time bersedih if you wanna cry out your lungs, go ahead feel free to do so(even aq tak galakkan laa..). Tp kita kena ingat, once something happened you just have to accept the facts that nothing can change the past, so you have to keep living for tomorrow. ^_^

"Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidupnya sememangnya ada masalah lalu menerima keadaan tersebut dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan/solution yang diberikan." (sort of I quoted from a psychological institute of... (=_=)" i don't quite remember...)

(14+1) FAKTA MENARIK (kott...) :

1. Para saintis mendapati SENYUM dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan SENYUMan bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita terSENYUM, badan turut 'terSENYUM' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkanSENYUMan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita terSENYUM, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. SENYUMan bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. SENYUM dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. SENYUMan juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. SENYUMan yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. SENYUMan dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan SENYUM itu satu sedekah. SENYUM mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. SENYUM tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan SENYUMan itu. SENYUMan yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi kengkawan jangan lupa untuk SENYUM, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan SENYUM sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.


***Konklusinya, sekarang nie korang tahu tak ape function SENYUM..??***
(>_<) Saya Suka Cakap Banyak (>_<)

No comments:

Post a Comment